Selasa, 30 Oktober 2012

TAHALUF SIAYASI PAS-DAP MENGIKUT SHEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI


Majlis Syura PAS telah memansuhkan fatwa Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) seperti mana yang terkandung dalam Kitab Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961). Saya petik semula fatwa tersebut sebagai mana berikut:-


HUKUM BERKONGSI ORANG ISLAM DENGAN ORANG KAFIR PADA MEMERINTAH ORANG ISLAM DI DALAM NEGARA YANG UGAMA RASMINYA ISLAM

Dilantik orang kafir sebagai Menteri atau jadi Wakil Rakyat di Parlimen atau jadi Gebanor atau lainnya. Hukumnya tiada harus, yakni HARAM menyokong atau menyekutukan pada kita melantik orang kafir pada memerintah orang Islam di negeri Islam sama ada kafir itu Kafir Zimmi atau Kafir Muahad (kafir yang mengikat perjanjian perjanjian tidak melawan umat Islam) atau Kafir Harbi atau lainya dari Kafir Zimmi, Kafir Muahad atau Kafir Harbi dan bahkan wajib di dalam pemerintah negeri Islam itu tersusun dari orang islam sahaja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan